This image for Image Layouts addon



Ketahui cara mendapatkan dana untuk inisiatif projek komuniti anda! Ayuh semua warga UNIMAS, sertai sesi perkongsian ini pada 3 Mac 2023. Pasukan kami di USC bersedia untuk menjawab sebarang soalan dan memberi panduan berkenaan permohonan Geran Hasanah 2023.

 

 

Update:

Pautan sesi rakaman https://bit.ly/3ZGEjrD

 

This image for Image Layouts addon



Selaras dengan matlamat UNIMAS ke arah memperkasakan kesejahteran komuniti, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kelestarian Universiti (USC) ingin mempelawa staf akademik dan bukan akademik yang berminat untuk mengemukakan permohonan dana bagi penganjuran program University Social Responsibility (USR) Fasa 1/2023 mulai 21 Februari 2023 hingga 30 Jun 2023. 


Permohonan ini adalah terbuka kepada seluruh kakitangan UNIMAS (akademik dan bukan akademik). Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Integrated Sustainability Information System (i-SIMS) melalui pautan berikut https://i-sims.ia.unimas.my/.

Untuk makluman, permohonan mestilah dibuat sebulan sebelum program berlangsung dan siling peruntukan bagi setiap program adalah sebanyak RM1,500 merangkumi kos makan minum bersama komuniti (RM 1,200) dan cetakan banner program (RM300).  

 

Garis masa permohonan bagi Fasa 1 adalah seperti butiran berikut:  

  

Aktiviti   

Tarikh   

Pembukaan sistem secara atas talian https://i-sims.ia.unimas.my/  

dan penghantaran kertas cadangan oleh Ketua Projek   

21 Feb 2023 (Selasa) – 30 Jun 2023 (Jumaat)   

Penilaian oleh Panel Peringkat Pusat Kelestarian Universiti (USC) dan Pemakluman kelulusan program    

Minggu pertama setiap bulan 


This image for Image Layouts addon



Pusat Kelestarian Universiti (USC), UNIMAS ingin mempelawa staf akademik dan bukan akademik yang berminat untuk mengemukakan permohonan geran bagi program pembangunan komuniti Yayasan Hasanah 2023. 

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan format yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Hasanah. Ketua Projek hendaklah terdiri daripada staf akademik, dan ahli kumpulan boleh terdiri daripada kalangan staf akademik dan bukan akademik. 


Maklumat lanjut berkenaan garis panduan dan bidang keutamaan boleh diperoleh melalui pautan laman web berikut: https://yayasanhasanah.org/hasanah-grant-2023/

Tarikh-tarikh penting:

  1. Pembukaan permohonan: 21 Februari 2023
  2. *Webinar "Pitching for Community Project Grant: Yayasan Hasanah 2023 Edition": 1 Mac 2023
  3. ​**Tarikh akhir menghantar kertas kerja ke USC: 6 Mac 2023
  4. Mesyuarat JKTK (Penilaian kertas kerja): 8 Mac 2023
  5. Tempoh pengemaskinian kertas kerja oleh pemohon: 9 - 13 Mac 2023

  6. Penghantaran kertas kerja yang dikemaskini ke USC: 13 Mac 2023

* Melalui webex: https://unimas.webex.com/unimas/j.php?MTID=m4fe8591229074e64b823fe62243ba556

​** Semua permohonan perlu dikemukakan melalui TD ICE dan Dekan Fakulti/ Pengarah Pusat/ Bahagian masing-masing.