Image

PERANAN PUSAT

Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak berperanan dalam memperkasakan kerjasama universiti bersama industri dan masyarakat bagi mencapai hasrat masyarakat Malaysia sejahtera menerusi program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dengan menggunakan kepakaran yang ada di universiti. UNIMAS perlu memberi perkhidmatan dari segi penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan modal insan yang memenuhi kehendak industri serta menyediakan penyelesaian yang sentiasa dihadapi oleh pihak industri dan komuniti.

Pusat berperanan menjadikan UNIMAS sebagai rakan industri dalam bersama-sama menyumbang pembangunan komuniti di dalam negara khasnya dan Sarawak pada amnya. Ianya bakal melibatkan program kerjasama industri-komuniti menerusi usahasama pengaplikasian teknologi dan pengetahuan ke dalam komuniti yang sekaligus mampu meningkatkan nama industri dalam kerjasama pembangunan di negara ini. Ianya mampu mendedahkan kemampuan graduan UNIMAS dalam program seumpama sekaligus mampu membuka perusahaan di Sarawak. Melalui hubungan erat begini, rakan UNIMAS akan menjadi lebih relevan dan disegani.

Dari aspek komuniti, pusat mempunyai tanggungjawab untuk mengenalpasti kumpulan fokus yang memerlukan bantuan atau sokongan. Dengan memberi keutamaan kepada komuniti tersisih dan luar bandar, UNIMAS bakal menggubal program-program transformasi ke arah peningkatan pendapatan komuniti ini. Pusat akan menerajui pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang bakal mengubah lanskap komuniti di Malaysia amnya dan di Sarawak khasnya.

Sejajar dengan matlamat Pembagunan Mampan Global (SDG), pusat melaksanakan pelbagai inisitif kelestarian bagi memastikan wacana universiti dalam perlaksanaan program-program komuniti dan akademik, serta operasi harian mampu memberi impak yang tinggi kepada masyarakat di sekitar kawasan kampus, terutamanya di keseluruhan negeri Sarawak.

 

OBJEKTIF PUSAT:

  1. Menyediakan Platform dalam membantu kelestarian komuniti termasuklah pelaksanaan projek-projek komuniti yang berimpak tinggi, penyelidikan berkaitan peningkatan taraf hidup dan memperkasakan ekonomi masyarakat setempat serta penyediaan kualiti pendidikan terbaik untuk komuniti.

  2. Menyumbang ke arah peningkatan visibiliti UNIMAS di peringkat nasional menerusi kolaborasi berimpak tinggi dengan industri dan komuniti sejajar dengan matlamat SDG.

  3. Menyediakan peluang, ruang dan pendedahan kepada penyelidik UNIMAS untuk mengetengahkan kemahiran di dalam bidang masing-masing melalui penglibatan projek-projek yang dikendalikan oleh industri dan komuniti.