Info Kelestarian

Sejajar dengan matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG), USC melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian di dalam dan di luar kampus UNIMAS.Tujuannya adalah untuk memastikan pelaksanaan program-program komuniti dan akademik, serta operasi harian mampu memberi impak yang tinggi kepada masyarakat di sekitar kawasan kampus, seluruh Sarawak, seluruh Malaysia dan di peringkat global.
This image for Image Layouts addon

Pelan Induk Kelestarian UNIMAS 2030

a.Untuk mengkaji, merekabentuk dan membangunkan UNIMAS Sustainability Master Plan 2030;

b.Untuk mencadangkan polisi dan governan berkaitan kelestarian

c.Untuk melaksanakan, memantau, membuat penambahbaikan berterusan dan mendokumentasikan hasil dan impak kelestarian

d.Untuk mencadangkan UNIMAS Sustainability Self Reporting System (USSRS)

Learn More
This image for Image Layouts addon

Dana Lestari

Tujuan utama Dana Lestari adalah untuk memastikan agenda kelestarian di dalam komuniti dapat diperkasakan dan kesinambungan program komuniti yang lepas harus dipertingkatkan dan diperkukuh untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang selari dengan keperluan universiti. Ianya akan terus memandu rencana pembangunan insaniah yang lebih mampan selain sejajar dengan keperluan universiti sebagai Community Driven University.
Learn More
This image for Image Layouts addon

Program Latihan Mentor (MTP) untuk Hub K4C

Melalui Program Latihan Mentor (MTP) ini, UNIMAS bekerjasama dengan Kerusi UNESCO untuk melatih staf UNIMAS terpilih bagi tujuan penubuhan Hub UNIMAS-UNESCO Knowledge for Change (K4C). Program MTP ini berjalan secara dalam talian bermula 22 September 2021 sehingga 16 Februari 2022.
Learn More
This image for Image Layouts addon

The Little Book of Green Nudges

UNIMAS merupakan salah sebuah daripada 200 universiti di seluruh dunia yang terpilih untuk United Nations Environment Programme (UNEP), “The Little Book of Green Nudges” ke arah kesedaran tentang perubahan iklim. Melalui program ini, pelajar dan staf UNIMAS memupuk kesedaran tentang amalan kelestarian melalui intervensi green nudges.
Learn More
This image for Image Layouts addon

UNIMAS Kampus MYSUN

UNIMAS merupakan rakan strategik kepada Malaysian Sustainable Campus Network (MYSUN). USC menjalinkan kerjasama erat dengan MYSUN untuk memastikan UNIMAS mencapai ekosistem yang kondusif ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Learn More
This image for Image Layouts addon

Kerjasama Demi Matlamat

USC memainkan peranan sebagai pemacu agenda kelestarian keseluruhan universiti selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). USC akan memastikan setiap program yang ditawarkan kepada komuniti terus memberi impak dengan kos yang minimum. Hubungan sinergi dengan rakan komuniti, agensi dan industri melalui program kelestarian akan terus dipergiatkan.
Learn More