SDG 9

SDG 9 : Industry, Innovation and Infrastructure
SDG 9, "Industry, Innovation, and Infrastructure," targets to develop resilient infrastructure, promote sustainable industrialization, and to encourage the new innovation.
University Anti-Poverty Programmes
Community Anti-Poverty Programmes
Sarawak Agrofest 2023 : The Borneo Apong Golden Syrup
Haji Rasli Muslimen, a researcher from the Faculty of Engineering, is demonstrating the Borneo Apong Golden Syrup to YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, the Minister of Food Industry, Commodity, and Regional Development Sarawak. This syrup is a downstream product derived from Nipa Sap, which is later transformed into Gula Apong through extensive hours of cooking.
Currently, UNIMAS is actively supporting the Apong Community in Kampung Tanjung Apong, Kampung Tambak, and Kampung Spoah by helping them establish a processing center with mechanized production processes. This initiative is made possible through the Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) funding provided by the Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). The project, which commenced in 2019, is anticipated to enhance the income of the 45 participants involved by the end of 2024. These processing centers will eventually be overseen by a cooperative (Koperasi).
The Borneo Apong Golden Syrup is now available for sampling and purchase at Sarawak Agrofest, taking place from September 22nd to October 1st 2023 at Celebration Square, Jalan Stadium, Kuching. Please visit the booth to savor the unique taste of honey Apong on-the-go, a first-of-its-kind product in Sarawak!

The Launching of Sempeng: EcoAquamuniti Project under Lestari Fund
KUCHING, 13 Mac 2023 : Sempeng dalam terma lokal masyarakat setempat adalah merupakan sejenis hidupan laut bercengkerang dari spesis Cirripedia yang hidup di atas batu atau kayu sepanjang pantai yang cetek dan berombak kecil. Ianya terkenal di kalangan penduduk pesisir pantai seperti di Telaga Air, Lundu dan Matang.Sempeng membesar secara meliar dan dapat dituai dalam usia 10 hingga 12 bulan. Sempeng diproses dan disediakan untuk hidangan seperti mana hidupan laut bercengkerang lain seperti tiram, kepah dan kupang. Walaupun sempeng mendapat permintaan yang tinggi dari restoran makanan laut, namun sumber bekalannya tidak mencukupi. Setakat ini, sempeng diambil/dituai secara konvensional dan belum ada lagi usaha untuk memperkenalkan pengkulturan sempeng secara komersil.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Fakulti Sains Gunaan dan Kreatif membantu penduduk di Kampung Tajung Bang, Matang dengan mereka bentuk sistem pengkulturan sempeng dan memperkenalkan aktiviti akuakultur ini kepada masyarakat setempat sebagai salah satu cabang ekonomi untuk menjana pendapatan mereka. Projek yang dinamakan sebagai Sempeng: EcoAquamuniti bermula dengan idea yang datang dari koordinator projek ini di mana ia memfokuskan kepada pendedahan golongan persisir pantai kepada suatu makanan laut yang belum popular tetapi mempunyai potensi pengkomersilan yang tinggi jika dijalankan menggunakan sistem yang dicadangkan oleh projek ini. Sekaligus, ianya memberi pendedahan kepada komuniti persisir pantai mengenai pengkulturan sempeng.
Selain daripada aktiviti hands-on pengkulturan sempeng, peserta juga didedahkan kepada latihan agro-keusahawanan. Hasil tuaian berpotensi untuk dijual kepada pasaran domestik dan restoran makanan laut di mana ia selari dengan objektif projek iaitu untuk menjadikan kerjaya usahawan sebagai kerjaya pilihan dikalangan komuniti persisiran pantai dan meningkatkan ekonomi komuniti persisiran pantai dengan menghasilkan produk yang kreatif dan berinovasi.
Projek tersebut bermula pada 1 Julai 2022 dengan menyasarkan penyertaan daripada 10 orang nelayan di Kampung Tanjung Bang, Matang. Sebuah Sempeng Cultivation Area telah diwujudkan dengan saiz sebesar 20 kaki x 150 kaki. Walaupun aktiviti pengkulturan sempeng agak baru bagi peserta tersebut, namun ahli projek percaya ia dapat meningkatkan pendapatan nelayan sehingga 5-10% untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Projek Sempeng: EcoAquamuniti dibiayai oleh Dana Lestari, sebuah dana dalaman UNIMAS yang bertujuan untuk memastikan agenda kelestarian di dalam komuniti dapat diperkasakan, berkesinambungan, dipertingkatkan dan diperkukuh untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG2030) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Majlis Penyempurnaan Projek Sempeng: EcoAquamuniti telah diadakan pada 13 Mac 2023 di Kampung Tanjung Bang, Matang dengan kehadiran yang terdiri daripada Penghulu – Tuan Wan Julihi bin Wan Ajoli, Ketua Kampung – Haji Jemi b. Karuddin, Ketua Ranting – Tuan Abdul Latep b. Leman, Ketua Wanita- Puan Rosni bt. Rajaee, Ketua Pemuda – Encik Hamzah b.Talip, Pengarah Pusat Kelestarian Universiti UNIMAS – Puan Noraziah Abdul Wahab, Ketua Projek Sempeng: EcoAqumuniti – Dr Faridah Sahari serta wakil-wakil daripada komuniti dan UNIMAS sendiri.
Tahniah Faculty of Applied & Creative Arts (FACA) UNIMAS di atas usaha untuk membantu komuniti nelayan di Kampung Tanjung Bang, Matang.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Program Pembangunan Minda/Motivasi dan Pengurusan Kewangan



