UNIVERSITY SUSTAINABILITY CENTRE (USC)

Pada tahun 2020, sekali lagi kami mengalami transformasi dalam perubahan nama dan peranan di dalam memacu kelestarian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kurang daripada setahun, pusat telah dijenamakan sebagai Pusat Kelestarian Universiti mengantikan nama sebelum ini iaitu Pusat Kelestarian Komuniti UNIMAS. Pusat masih memainkan peranan yang sama sebelum ini namun penambahan sebagai pemacu agenda kelestarian universiti secara menyeluruh yang sejajar dengan matlamat pembagunan lestari global (Sustainable Development Goals). Pusat akan memastikan bahawa setiap program komuniti yang ditawarkan kepada komuniti di kawasan sekitar terus memberi impak walaupun dengan kos yang minima digunakan. Inisiatif YBhg Datuk Naib Canselor akan diteruskan dan diperkasakan dengan program-program yang bersifat lestari sejajar dengan halatuju UNIMAS 2021-2025. Perhubungan sinergik bersama komuniti setempat, agensi dan industri menerusi program komuniti seumpama akan terus dipergiatkan.
Sejarah pusat bermula dengan wujudnya jawatan Penasihat Khas Naib Canselor Keterlibatan Industri dan Komuniti (KIKOM) pada 4 Februari 2015 dengan tertubuhnya dua unit yang dikenali sebagai Bahagian Keterlibatan Industri dan Bahagian Keterlibatan Komuniti bagi merancakkan agenda mobiliti UNIMAS bersama industri dan komuniti. Setahun setelah penubuhannya, kedua-dua unit ini digabungkan menjadi Bahagian Keterlibatan Industri dan Transformasi Komuniti, sebelum dikenali sebagai UCTC UNIMAS sejurus pengenalan program NBOS kebangsaan. Bersempena dengan Amanat Naib Canselor 2019, Bahagian ini telah dinaiktaraf menjadi pusat yang dikenali sebagai Pusat Kelestarian Komuniti dan kini Pusat Kelestarian Universiti dengan singkatan USC yang memikul tanggungjawab pemperkasakan perhubungan industri dan komuniti dengan lebih aktif sejajar dengan SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terkini, dengan inisaitif Pusat; pada tahun 2021 dibawah program UNEP, UNIMAS dipilih sebagai kampus pilot bersama beberapa kampus lain di dunia untuk melaksanakan UNEP Little Book of Green Nudges. Ini adalah sebagai langkah aktif dan kesungguhan UNIMAS menjadi kampus Hijau.
Image

Our Vision

A leading global university for a sustainable future

Our Mission

To enhance the social and economic impacts on the global community through the pursuit of excellence in teaching, research, and strategic engagement